Khasiat madu untuk kecantikan 2


5. Pencuci muka
Ramai dikalangan penggemar madu menggunakan campuran susu debu dan madu sebagai pencuci muka. Kandungan yang terdapat didalam madu banyak membantu didalam merawat dan mencantikkan wajah anda.




6. Melembut dan melicinkan kulit
Anda boleh campurkan beberapa bahan lain untuk dimasukkan didalam tab mandi anda bersama madu. Ia mampu membersih, melembut dan melicinkan kulit anda. Malah aroma madu juga mampu memberi ketenangan kepada anda.

7. Mengurangkan masalah tumit kaki merekah
Madu ini digunakan sendiri oleh penulis bagi melembut dan mengurangkan rekahan pada tumit kaki.  Rendamkan kaki anda didalam air panas bersama madu serta tambahkan garam kasar bersama minyak herba bagi haruman. Tidak perlu tunggu lama, anda mampu melihat hasilnya setelah 15 minit merendam kaki anda. (Bagi rendaman kaki ini anda boleh gunakan madu yang lama tak digunakan, daripada dibiarkan begitu sahaja elok dijadikan rendaman kaki anda)

8. Pengubat luka kecil
Bagi luka-luka kecil, anda boleh jadikan madu sebagai ubat. Ini kerana madu bersifat anti bakteria.




9. Pelembab bibir
Adakah anda mempunyai masalah bibir kering? jadikan madu sebagai salah satu bahan dalam sajian anda. Anda boleh menggantikan jem pada roti anda, hanya sapukan madu pada roti dan makan saja, madu mempunyai kecenderungan untuk menempel dan menjadi pelembab bagi bibir anda. Anda juga boleh gantikan gula kepada madu dalam minuman anda

Kesemua kegunaan madu ini diceritakan bagi kegunaan luar sahaja, malah madu ini mempunyai begitu banyak khasiat bagi tubuh badan, namun begitu kami akan cuba menghasilkan artikel berkaitan madu untuk kebaikan dalaman pula.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment