Khasiat madu untuk kecantikan 1


Madu memang tidak asing lagi bagi kita di Malaysia. Malah kita sendiri sudah mengetahui khasiat madu yang pelbagai sekiranya diamalkan didalam pemakanan.

Kali ini kami cuba membawa pembaca mengenai khasiat madu untuk kegunaan luaran terutama bagi kecantikan anda. Malah khasiatnya meliputi dari hujung rambut hingga hujung kaki.


1.Melembut, melembab dan mengembalikan kilauan rambut
Madu boleh dijadikan bahan utama bagi  mengembalikan kilauan rambut anda agar lebih indah dan lembut. Malah watson juga ada mengeluarkan produk berasaskan madu. Jadi buat sendiri jer.


2.Masker Wajah
Madu juga sudah tidak asing lagi dijadikan bahan untuk membuat masker, malah amalan ini sudah lama digunakan dan sekarang ada sesetengah spa yang sudah menggunakan madu sebagai masker.


3.Mencerahkan mata
Ada petua yang menyarankan pengguanaan madu sebagai acar bagi mencerahkan pada/ pandangan anda dengan cara menyapukan madu pada alis mata atau kening dan biarkan beberapa jam. kemudian bilas seperti biasa


4.Memutihkan gigi
Petua untuk memutihkan dan menguatkan gigi ialah dengan menjadikan sebagai ubat gigi serta diamalkan selalu. Walaupun tidak dinyatakan secara saintifik tetapi tidak salah untuk mencuba.

kami cuba sertakan juga produk yang sudah ada dipasaran bagi maklumatserta rujukan anda. Jadi semua produk inin anda boleh hasilkan sendiri malah lebih baik dari yang diatawarkan. Adakah pembaca yang ingin mengetahui cara menghasilkan produk kecantikan berasaskan madu?

Tunggu sambungannya nanti sekiranya mendapat sambutan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment