Info produk DQistee Beauty
Posted by
dari admin:
|
,
Satu hari sedang penulis layan lagu di radio, tetiba terdengar lagu ala ala indo,, ehh lagu baru ker? rupa-rupanya ianya adalah iklan dari DQistee Beauty.
Memang lagu terbaiklah, salah satu cara yang bagus untuk promosi
Hey baby mengapa ....... tak ingat liriknya hehe
DQistee Beauty ini dah ramai kawan-kawan yang pakai dan rata-rata semuanya berpuas hati..malah penulis sendiri menggunakannya setelah beralih dari produk lain..<br />
hari ini produk yang ingin diperkenalkan kepada anda ialah DQISTEE ARBUNTIN SET dari DQistee Beauty.
Produk ini adalah yang terbaru dikeluarkan oleh DQistee Beauty. DQ Arbutin disyorkan untuk kulit remaja dan kulit yang sensitif. set ini disyorkan untuk pemakaian permulaan bagi kulit sensitif dan kulit rosak akibat penggunaan produk berhidrokuinon.
This is the latest product released by DQistee Beauty. DQ Arbutin recommended for teenage skin and sensitive skin. This set is recommended as a start for sensitive skin and also for skin that has been damaged by the use of a product that contains hidrokuinon.
KANDUNGAN SET DQISTEE ARBUTIN (SENSITIVE SKIN):
1. VITAMIN E SOAP WITH AROMATERAPHY (KKM:NOT100802186K)
Digunakan untuk menghilangkan kesan parut dan sel-sel mati dikulit wajah.
2. DAY CREAM ARBUTIN (KKM:NOT100802184K)
Menghaluskan kulit disamping bertindak sebagai bahan UV pelindung daripada sinar matahari.
3. NIGHT CREAM ARBUTIN (KKM:NOT100802185K)
Membuang sel-sel mati, noda hitam, parut-parut, mencerah, menggebu dan menghaluskan kulit wajah.
Read User's Comments(0)
Khasiat madu untuk kecantikan 2
Posted by
dari admin:
|
Labels:
madu
,
5. Pencuci muka
Ramai dikalangan penggemar madu menggunakan campuran susu debu dan madu sebagai pencuci muka. Kandungan yang terdapat didalam madu banyak membantu didalam merawat dan mencantikkan wajah anda.
6. Melembut dan melicinkan kulit
Anda boleh campurkan beberapa bahan lain untuk dimasukkan didalam tab mandi anda bersama madu. Ia mampu membersih, melembut dan melicinkan kulit anda. Malah aroma madu juga mampu memberi ketenangan kepada anda.

7. Mengurangkan masalah tumit kaki merekah
Madu ini digunakan sendiri oleh penulis bagi melembut dan mengurangkan rekahan pada tumit kaki. Rendamkan kaki anda didalam air panas bersama madu serta tambahkan garam kasar bersama minyak herba bagi haruman. Tidak perlu tunggu lama, anda mampu melihat hasilnya setelah 15 minit merendam kaki anda. (Bagi rendaman kaki ini anda boleh gunakan madu yang lama tak digunakan, daripada dibiarkan begitu sahaja elok dijadikan rendaman kaki anda)
8. Pengubat luka kecil
Bagi luka-luka kecil, anda boleh jadikan madu sebagai ubat. Ini kerana madu bersifat anti bakteria.
9. Pelembab bibir
Adakah anda mempunyai masalah bibir kering? jadikan madu sebagai salah satu bahan dalam sajian anda. Anda boleh menggantikan jem pada roti anda, hanya sapukan madu pada roti dan makan saja, madu mempunyai kecenderungan untuk menempel dan menjadi pelembab bagi bibir anda. Anda juga boleh gantikan gula kepada madu dalam minuman anda
Kesemua kegunaan madu ini diceritakan bagi kegunaan luar sahaja, malah madu ini mempunyai begitu banyak khasiat bagi tubuh badan, namun begitu kami akan cuba menghasilkan artikel berkaitan madu untuk kebaikan dalaman pula.
Khasiat madu untuk kecantikan 1
Posted by
dari admin:
|
Labels:
madu
,
Madu memang tidak asing lagi bagi kita di Malaysia. Malah kita sendiri sudah mengetahui khasiat madu yang pelbagai sekiranya diamalkan didalam pemakanan.
Kali ini kami cuba membawa pembaca mengenai khasiat madu untuk kegunaan luaran terutama bagi kecantikan anda. Malah khasiatnya meliputi dari hujung rambut hingga hujung kaki.
1.Melembut, melembab dan mengembalikan kilauan rambut
Madu boleh dijadikan bahan utama bagi mengembalikan kilauan rambut anda agar lebih indah dan lembut. Malah watson juga ada mengeluarkan produk berasaskan madu. Jadi buat sendiri jer.
2.Masker Wajah
Madu juga sudah tidak asing lagi dijadikan bahan untuk membuat masker, malah amalan ini sudah lama digunakan dan sekarang ada sesetengah spa yang sudah menggunakan madu sebagai masker.
3.Mencerahkan mata
Ada petua yang menyarankan pengguanaan madu sebagai acar bagi mencerahkan pada/ pandangan anda dengan cara menyapukan madu pada alis mata atau kening dan biarkan beberapa jam. kemudian bilas seperti biasa
4.Memutihkan gigi
Petua untuk memutihkan dan menguatkan gigi ialah dengan menjadikan sebagai ubat gigi serta diamalkan selalu. Walaupun tidak dinyatakan secara saintifik tetapi tidak salah untuk mencuba.
kami cuba sertakan juga produk yang sudah ada dipasaran bagi maklumatserta rujukan anda. Jadi semua produk inin anda boleh hasilkan sendiri malah lebih baik dari yang diatawarkan. Adakah pembaca yang ingin mengetahui cara menghasilkan produk kecantikan berasaskan madu?
Tunggu sambungannya nanti sekiranya mendapat sambutan
Subscribe to:
Comments (Atom)















